CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Tuesday, November 8, 2011

AA 1st Baby #Kekasih Awal dan Akhir

siaran pada TV9 pada 9 November ini, jam 8.30 malam.

Namanya melonjak popular setelah membintangi drama bersiri yang mencetuskan fenomena iaitu Nora Elena. Terbaru, Aaron Aziz buat pertama kalinya, beliau mengarahkan sebuah telefilem khas buat Media Prima dan ianya juga merupakan arahan pertamanya di Malaysia menerusi Aaron Aziz Productions Sdn Bhd. Skrip telefilem ini pula ditulis isterinya, Dayana Halik




“Saya ambil masa tujuh hari untuk penggambaran drama ini. Bayangkan pada masa sama, saya juga berlakon dengan produksi lain. Sebenarnya isteri saya yang serahkan kertas kerja ini kepada TV9 pada awal tahun dan ia diluluskan pada Julai lalu.

Selepas itu, kami berbincang untuk mencari gandingan pelakon paling mantap. Ketika itulah saya teringat ramai yang bertanya bila saya nak berganding semula dengan Saleha selepas Nora Elena. Fouziah pula saya pilih kerana nampak lakonannya semakin matang selepas berlakon filem Rasuk dan drama Tahajjud Cinta. Saya pernah bergandingan dengannya dalam telefilem Kasih Tercipta dua tahun lalu,” kata Aaron Aziz.

Tambahnya, skrip drama ini ditulis Dayana yang mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkannya manakala dia banyak membantu dari sudut lakon layar bagi menghasilkan karya menarik.

“Insya-Allah kalau diberi peluang lagi, saya akan hasilkan drama lain tapi nak fokus pada suspen thriller pula. Idea memang banyak, tapi saya lebih fokuskan pada drama ini sebagai ‘anak sulung’.

Aaron juga bertanggungjawab memasukkan lagu tema drama ini apabila menampilkan lagu Tiba Masa nyanyian Sleeq dari Singapura. Mereka juga akan menghasilkan mini album selepas ini di bawah syarikat miliknya. Semua ini dilakukan kerana Aaron mahu membalas budi mereka yang sering bekerjasama dalam projek syarikatnya di Singapura.

No comments: